WELCOME TO AFIZA'S BLOG!!! d^_^b

Sunday, November 15, 2015

Bye2 Pre-School~Aleeya Darwisya~

Semoga anak ibu dikurniakan kesihatan yang baik...dan menjadi anak solehah..berjaya di dunia dan akhirat..i love u soooo much..😙

Sunday, February 2, 2014

Cookies Ala2 Famous Amos

1 ketul butter (250gm) 1 cawan sunflower oil 1 cawan gula castor 1/2 cawan gula perang 1 biji telur 1 camca besar susu tepung 4 cawan tepung gandum 1 camca teh sen vanila 1 camca teh soda bikarbonat 2 cawan coklat chip/compound choc (beryls) -cincang 1 cawan badam/walnut Pukul semua bahan2 basah sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Last sekali masukkan kekacang. Sekiranya adunan lembik, simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum disudukan ke dalam dulang pembakar. Dulang pembakar tu tak perlu digriskan ye..

Thursday, January 2, 2014

2014 is coming

wieeeeee.....time is flying very fast...seems nothing has happened but actually a thousand of words are not enough to describe a story of 2013... Btw, all I have is all I need and all I need is all I have in this moment...in april 2013 i've received the new arrival, a girl again..hihi..it's gud to have 2 adorable little princess in my life... ^_^ may...my master convocation..in july i was able to harvest 'my 3 years planting process'...alhamdulillah again... 2014....bermakna sudah 3 tahun dunia industri ditinggalkan...berbekalkan 3 tahun pengalaman berada di dalam bidang industri perkilangan/pemprosesan sebenarnya membuatkan seseorang mempunyai kekuatan untuk survive dalam industri yang lain. Rasanya tekanan kerja dalam bidang lain tidak setanding berada di dalam bidang industri perkilangan. Cabaran yang sama cuma intensity berlainan. Cost saving di sektor swasta, juga terdapat di dalam sektor kerajaan...force leave n plant shut down adalah normal di kilang... engineer are forced to think, lecturer also same...WE HIRED U BECOZ WE WANT U TO THINK!!... ayat keramat yang akan diingati sampai bila2...being an engineer memerlukan kebolehan berfikir secara kritis untuk menyelesaikan masalah di plant dan mencari jalan untuk mewujudkan SOP yang boleh mengurangkan kos...dan paling susah untuk dikorbankan adalah MASA. Bersediakan mengorbankan masa2 bersama keluarga di waktu petang/malam/weekend?? Melalui semua ini boleh membuatkan kita rasa bersyukur dengan nikmat sekarang....

Tuesday, April 17, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..
By: Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim
Sumber: Facebook

Monday, January 30, 2012

Mendidik Anak

Source: http://wanwma.com/soal-jawab/umur-paling-lewat-untuk-mendidik-anak-anak/

Ada 3 perkara perlu dilakukan.
1 – Ubah Diri Sendiri.
Kadang-kadang kita sering berfikir bagaimana hendak mengubah sikap anak-anak. Tetapi kita sering terlupa bahawa anak kita adalah cermin kepada diri kita sendiri. Bagaimana mereka melihat kita, begitulah sikap mereka. Adalah kurang baik untuk kita cuba mengubah sikap anak kita sepertimana yang kita mahu sedangkan kita sendiri tidak berubah ke arah itu.
Jangan sesekali terfikir yang kita sudah terlambat untuk mengubah sikap, kerana untuk mengubah sikap ia bergantung kepada kemahuan dan usaha kita sendiri. Tiada kaitan dengan masa atau umur. Jika kita sendiri rasa bahawa kita sudah terlambat, maka sikap yang ada pada anak-anak kita itu sudah tentu tidak dapat diubah lagi.

2- Marah dengan menyebut kebesaran Allah dan dengan nada yang sederhana.
Apabila marah, marahlah dengan menyebut nama Allah. Biasanya apabila kita marah kita sering terlupa bahawa apa yang berlaku itu adalah ketentuan dari-Nya. Dengan menyebut nama Allah kita akan kembali ingat kepada-Nya meskipun dalam keadaan marah. Usah menengking-nengking dengan kuat kerana perbuatan itu hanya akan menyebabkan hati kita semakin panas membakar. Bercakap dengan nada yang sederhana dan tegurlah dengan baik.

3- Banyakkan berzikir, selawat dan mempelajari ilmu agama bersama-sama anak. Tanamkan ke dalam hati kita dan hatinya rasa cinta kepada Allah dan rasul-Nya.
Hanya diri yang kuat ingatannya pada ilahi dan kuat imannya akan menjadi seorang yang tenang. Begitu juga anak-anak. Mereka akan melihat bagaimana kita menghadapi sesuatu situasi. Jika kita sering kelihatan tenang dan bersahaja, mereka juga akan terikut-ikut dengan sikap itu. Namun untuk bersikap tenang kita perlu menyucikan hati dengan selalu mengingati Allah.
Dari persoalan ini jelaslah kepada kita bahawa tiada istilah terlewat dalam mendidik anak-anak mahupun mendidik diri sendiri. Sebab itu Allah sentiasa membuka pintu taubat dan sudi mengampunkan dosa mana-mana sahaja hambanya yang ingin bertaubat. Tidak kira berapakah umur mereka. Manusia sentiasa boleh berubah.
Saya gembira saudari menitikberatkan soal mendidik anak-anak. Ketahuilah bahawa Allah mengurniakan ganjaran yang besar untuk mereka yang menyayangi anak-anak. Di bawah adalah 9 fhadilat mendidik anak yang saya petik dari blog Anakkusoleh.com:
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyayangi anaknya. Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas. InsyaAllah…

Wednesday, January 25, 2012

Penyusuan Ibu: Kaedah dan Implikasi Hukum

Copy Paste dari Discussion Email (from Kak Siti Aishah):

Antara amalan yang baik boleh diamalkan yang diceritakan oleh penceramah oleh ustazah Wan Sidah semasa bengkel,

Amalan ibu Imam Shafie ketika menyusukan beliau:
1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'

2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri.
"Wahai anak kesayanganKu, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang pertunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun.

kebetulan masa bengkel tersebut saya duduk di sebelah Ustazah Fatimah, ustazah berkongsi pengalaman menyusukan anaknya yang bongsu dengan amalan berikut , alhamdulilah anak perempuannya berjaya hafaz al-quran di usia yang agak muda dan sikap anaknya yang diperhatikan oleh beliau ialah tidak suka mendengar perkara2 yang melalaikan..

Tuesday, January 10, 2012

Jom jadi ibubapa yang dimuliakan Allah S.W.T.

Source:http://ummiadam.teratakrindu.net

Salam, anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya.

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

1. Kesilapan Pertama :

a. Kurang berdoa semasa mengandung.

Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

b.Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan Kedua :Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)

* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan Ketiga :Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan Keempat :Menegur anak secara negatif

* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan Kelima :Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan Keenam :Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

7. Kesilapan Ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.

* Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan Kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan Kesembilan :Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya.

Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan Kesepuluh :Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan Kesebelas :Bertengkar di depan anak-anak.

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

12. Kesilapan Kedua belas :Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton sama ada dari TV ataupun video.

Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

13. Kesilapan Ketiga belas :Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Renung-renungkan dan selamat beramal…

Ya Allah permudahkan lah urusan dunia ku.. dan permudahkan lah urusan akhirat ku… semoga aku menajdi hamba mu yang bersyukur dan menjadi bapa yang beriman serta berupaya membawa keluarga ku ke jalan Mu…. aminn