WELCOME TO AFIZA'S BLOG!!! d^_^b

Thursday, December 17, 2009

KEK GULA HANGUS

Kek yang menjadi kegemaran bapakku... Malam tadi aku buat untuk tempahan kawan ummi,buat 2 adunan...malam ni mak aku soh wat lagi sekali utk abah pulak..hehehe...
Sementara masih kat kampung ni, leh la wat kek guna oven mak aku..nanti balik Klang, payah lak..nak kene beli oven gak nih bg meneruskan hobby ku ini...hehehe

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
2-3 camca teh soda bikarbonat
1 cawan tepung gandum diayak bersama soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega


Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau berbuih. Masukkan air. Kacau. Hati2 coz gula akan terpercik time tuang air tuh. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.
Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan gula hangus. Kacau rata. Perap adunan selama 4jam. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 1 jam.

**kek ni bersifat pejal...so kalo nak kek yang lebih lembut, gantikan 1 cawan susu pekat tu dengan stgh cwn susu pekat+stgh cwn susu cair+2 sudu gula. aku suke versi lembut...hehe...

2 comments:

  1. Ganasnyer term 'bapakku' tue...rajin tul anak emak bapak sorg nie wat kuih...

    ReplyDelete
  2. teringat lagu zaman kanak2 'bapakku pulang dari kota, bapakku belikan kereta.....lalala'...hehe

    ReplyDelete