WELCOME TO AFIZA'S BLOG!!! d^_^b

Tuesday, December 1, 2009

Paun Goreng

Paun Goreng

1kg tepung gandum
1 camca kecil garam
5 camca besar gula
1/2 cawan marjerin
1 biji telur
3 camca besar susu
1 paket mauripan (11gm)
Air secukupnya

Gaul semua bahan kering bersama2. Masukkan pula marjerin dan telur. Gaul lagi. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga doh tidak melekat kat tangan. Uli lebih kurang 15-30 min. Kemudian biarkan doh selama lebih kurang 1 jam di tempat hangat. Tutup dengan kain lembap.
* Doh ni tak boleh terlalu keras sebab ia akan terbuka bile kita goreng...so inti akan terkeluar...
Bila doh dah mengembang, tumbuk doh untuk mengeluarkan udara. Ambil lebih kurang 50gm doh, masukkan inti, kemudian tutup. Bentukkan ia menjadi bulat, kemudian tekan doh menggunakan tapak tangan untuk meleperkannya. Biarkan ia sehingga mengembang (kira2 30 min) sebelum menggoreng. Letak kat atas permukaan yang ditaburkan sedikit tepung supaya tak melekat bila nak angkat untuk menggoreng nanti. Lagi senang kalau letakkan kat atas plastik yang ditabur tepung. Bila dah kembang, goreng kat dalam minyak yang banyak. Time menggoreng tu, dengan menggunakan sudip, simbah2 la minyak kat dalam kuali tu ke atas paun. Ini untuk memastikan ia bertambah kembang...
Tersangat la sedap kalo letak inti sardin or inti kacang merah...makan time panas2.. nyummi...leh gak klo nak guna doh ni tuk buat donut...

Resepi inti kacang merah or sardin, sila rujuk resepi Sweet Bun and resepi Pau

No comments:

Post a Comment