WELCOME TO AFIZA'S BLOG!!! d^_^b

Tuesday, November 1, 2011

Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah

Diambil dari FB ustaz Zahazan Mohamed

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).

اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.

Mi Kungfu/Mi Hongkong



Betul ke kat Hongkong makan mi camni? hahaha...anyway, this is my fav dish. Yummy...suka sgt since blaja kat KUiTTHO (UTHM) lg...sangat2 suka...sekarang dah jumpa tempat yang PALING SEDAP buat mi hongkong a.k.a mi kungfu nih...iaitu restoren ANDAMAN kat belakang new carrefour... dekat ngan area seksyen 26 rasanya...kalau dr highway alam impian tu (ye ke ni) leh nampak la carrefour tuh...sangat100x sedap..huhu...

ni resepi yang tak setanding restoren tu punye tp leh la utk lepaskan rindu..hehe


Mi kuning
Telur – dipukul sedikit

Kuah:
3-5 ulas bawang putih
Sos tiram
Beberapa titik kicap cair(optional)
Bancuhan tepung jagung
Sotong yang dipotong bulat2 & udang (mesti ada ni baru sedap)
Isi ayam dipotong kecil-kecil
Bunga kubis, carrot, brokoli, putik jagung
Lada sulah, garam, gula
Sedikit perahan asam limau
Beberapa titik kicap pekat (optional)
Minyak bijan (optional)

Cara menggoreng Mi:
Ambil secekak mi, kemudian goreng dalam sedikit minyak. Biarkan sedikit garing kemudian tuangkan telur yang telah dipukul ke atas mi yang masih kat dalam kuali tu. Biarkan telur menyaluti mi. Dah masak, angkat dan letakkan di dalam pingga yang sedikit dalam.

Cara membuat Kuah:
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan sos tiram dan kicap. Kemudian ayam, sotong dan udang. Masukkan sedikit air supaya bahan2 tu tenggelam. Biarkan separuh masak. Kemudian masukkan carrot. Lebih kurang 5 minit, masukkan bunga kubis. Last sekali brokoli. Tambah air mengikut kuantiti yang dikehendaki. Tuang bancuhan tepung jagung. Perasakan dengan minyak bijan, lada sulah, kicap, garam dan gula. Masukkan sedikit perahan asam limau. Tuang kuah yang panas2 tu ke atas mi yang telah siap dibalut dengan telur td. DONE!!


update: last month try pergi lagi sekali restoren andaman tu tp rasanya dah tak sama dengan sebelum ni...huhuhu...mesti chef dah tukar...mcm tak caye, 3x pergi tapi masih tak sama jugak...sudey... :(

Carbonara Spaghetti

1 labu bawang besar - cincang halus
1 ketul isi ayam dikisar (jangan terlalu lumat)
Isi udang
Cendawan butang - dihiris
1 tin sos prego putih
Stgh cawan susu segar
Air secukupnya
Garam, gula

Tumis bawang besar hingga naik bau...masukkan isi ayam, udang dan cendawan butang.
Biarkan ianya masak bersama2. Jika perlu, boleh masukkan sedikit air.
Kemudian masukkan sos. Kacau. Masukkan susu segar.
Kalau rasa nak tambah garam atau gula, boleh la letak sikit...
Dah masak, tuang kuah atas spaghetti...

For Ila: Spagetti Bolognese

1 labu bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih
Daging cincang
Cendawan butang
Bebola daging (rebus sekejap kemudian goreng)
Oregano
Air, garam, gula secukupnya
1 tin sos prego
Parmesan cheese (grated)

Spaghetti:
Rebus spaghetti bersama 1-2 sudu minyak supaya ianya tak melekat2. Toskan pabila sudah masak/lembut...


Tumis bawang sehingga naik bau..kemudian masukkan daging cincang...masukkan sedikit air dan biarkan daging separuh masak sebelum masukkan sos prego...kemudian biarkan ia masak bersama...masukkan bebola daging yang telah digoreng (boleh jgk letak bebola daging bila dah masak, tp rasanya lg sedap sekalikan dgn sos kot...)
perisakan dengan garam dan gula...dah siap, tuang kuah ni atas spagetti. taburkan cheese dan serbuk paprika... =)