I want to make this blog as a platform to share info, knowledge, interest, and memory as well.... ^_^
WELCOME TO AFIZA'S BLOG!!! d^_^b
Tuesday, November 1, 2011
Mi Kungfu/Mi Hongkong
Betul ke kat Hongkong makan mi camni? hahaha...anyway, this is my fav dish. Yummy...suka sgt since blaja kat KUiTTHO (UTHM) lg...sangat2 suka...sekarang dah jumpa tempat yang PALING SEDAP buat mi hongkong a.k.a mi kungfu nih...iaitu restoren ANDAMAN kat belakang new carrefour... dekat ngan area seksyen 26 rasanya...kalau dr highway alam impian tu (ye ke ni) leh nampak la carrefour tuh...sangat100x sedap..huhu...
ni resepi yang tak setanding restoren tu punye tp leh la utk lepaskan rindu..hehe
Mi kuning
Telur – dipukul sedikit
Kuah:
3-5 ulas bawang putih
Sos tiram
Beberapa titik kicap cair(optional)
Bancuhan tepung jagung
Sotong yang dipotong bulat2 & udang (mesti ada ni baru sedap)
Isi ayam dipotong kecil-kecil
Bunga kubis, carrot, brokoli, putik jagung
Lada sulah, garam, gula
Sedikit perahan asam limau
Beberapa titik kicap pekat (optional)
Minyak bijan (optional)
Cara menggoreng Mi:
Ambil secekak mi, kemudian goreng dalam sedikit minyak. Biarkan sedikit garing kemudian tuangkan telur yang telah dipukul ke atas mi yang masih kat dalam kuali tu. Biarkan telur menyaluti mi. Dah masak, angkat dan letakkan di dalam pingga yang sedikit dalam.
Cara membuat Kuah:
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan sos tiram dan kicap. Kemudian ayam, sotong dan udang. Masukkan sedikit air supaya bahan2 tu tenggelam. Biarkan separuh masak. Kemudian masukkan carrot. Lebih kurang 5 minit, masukkan bunga kubis. Last sekali brokoli. Tambah air mengikut kuantiti yang dikehendaki. Tuang bancuhan tepung jagung. Perasakan dengan minyak bijan, lada sulah, kicap, garam dan gula. Masukkan sedikit perahan asam limau. Tuang kuah yang panas2 tu ke atas mi yang telah siap dibalut dengan telur td. DONE!!
update: last month try pergi lagi sekali restoren andaman tu tp rasanya dah tak sama dengan sebelum ni...huhuhu...mesti chef dah tukar...mcm tak caye, 3x pergi tapi masih tak sama jugak...sudey... :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment