I want to make this blog as a platform to share info, knowledge, interest, and memory as well.... ^_^
WELCOME TO AFIZA'S BLOG!!! d^_^b
Thursday, November 26, 2009
KEK COKLAT LAPIS CHEESE STEAM
Kek yang menjadi kegemaran aku n hubby...hampir setiap weekend aku buat kek ni time aku kat klang...time tgh pregnant kan darwisya le...resepi ni aku amik dari niza, salah sorang kawan baik time kerje kat kilang di KL...dia lak copy dr kak lily, officemate gak kat kilang tu...nonoi plak 3x dah mintak resepi ni tp tatau la dia buat ke tak...hehehe...adik aku, adik ipar, n cousin pun suke kek ni...nak buat sekali lg kek ni pada 29 Nov 09 sempena birthday darwisya yang ke 0.5tahun!hahaha... walaupun dia tak leh makan, mak n bapaknye ade untuk memakankannye...kih kih...so tak salah untuk sape2 yang baca resepi ni untuk mencuba coz mmg senang gile nak buat...n hasilnye mmg tak mengecewakan bg penggemar coklat n cheese!wah, promot nampak...kakakakaka...
Choc Layer
1 cawan minyak (apa2 minyak pon bleh-myk jgung/myk masak etc)
1 cawan gula (aku kurangkan ke 4/5 cawan je)
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar perisa coklat
3 biji telur-pukul sehingga kembang
1 1/4 cawan self raising flour
1 camca teh soda bikarbonat
*Boleh gantikan self raining flour dengan tepung gandum yang dicampur 1 camca teh baking powder
Sekalikan minyak, gula, serbuk koko, susu segar di dalam periuk. Panaskan sehingga gula cair. Sejukkan. Masukkan telur yang telah dipukul. Kacau. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Kacau rata.
*Sekiranya adunan berbiji2 (tepung tidak rata), tapis adunan dengan menggunakan penapis plastik. Atau kadang2, aku blend je skejap (cara yang paling malas...hehehe)
Cheese Layer
250gm cream cheese
60gm gula
25ml air
1 biji telur
Pukul cheese, gula dan air sehingga kembang (aku guna blender sebab malas nak guna hand mixer). Masukkan telur. Pukul sekejap, sekadar untuk sebatikannya sahaja.
Cara Mengukus:
Panaskan pengukus sehingga air menggelegak. Masukkan loyang yang telah dituang separuh dari adunan coklat.(Pastikan loyang telah disapu minyak/marjerin atau just letak kertas minyak supaya kek tidak melekat di loyang). Kukus selama 15min.Kemudian masukkan lapisan cheese. Kukus selama 15 min. Akhir sekali, masukkan baki adunan coklat. Kukus selama 15-20min. Untuk memastikan air tidak menitik di atas kek, aku letakkan kain bersih yang di atas loyang (agak besar-sehingga kain tu boleh terkeluar dari pengukus). Kepitkan kain tu dengan penutup pengukus supaya tegang dan tidak terjatuh ke atas kek. Jika saiz kain kecik, boleh juga letakkan sudip kayu di atas loyang untuk menahan kain terjatuh di atas permukaan kek. Berdasarkan pengalaman, pastikan setiap layer tu betul2 masak sebelum masukkan layer lain di atasnya. Jika tidak, kek akan mendap dan melekat2 di lelangit ketika makan...tak sodap la...
Dah masak kek tu, kalau nak tuang coklat masakan yang telah dicairkan ke atasnya pun boleh...lagi cedap...nyummi...
Pengat Labu dan Sandwich Sardin
Aku dedicate resepi ni untuk emmabuntaroooooooooooo...hehehe...coz dia soh post resepi ni...kononnye nak test masak la tu..hahaha...tapi tak sangka lak dia masih ingat makanan ni setelah 3 tahun berlalu...hehehehe...ema,ema...
PENGAT LABU
1 biji labu sederhana size
2 cawan santan
2-3 keping gula melaka saiz kecik
Gula (optional)
secubit kecil garam
1 biji telur
Daun pandan (simpulkan) untuk mewangikan pengat..
Potong labu menjadi kiub kecil. Kulit boleh dikupas, tapi aku suka kulitnya...so sental la sket kulit labu tu bagi bersih...Segala macam urat dan biji2 kat dalam tu pun aku suka...so aku tak buang la...mak aku cakap, kalau nak bg kat mak mentua, buangla urat2, kulit n bijik tu...so tak la nampak comot sgt pengat tuh..hehe...
Masukkan labu, santan, gula melaka,daun pandan, garam, dan gula (jika suka) ke dalam periuk. Masak sehingga labu empuk. Untuk mengelakkan kuah pengat ni berbijik, pastikan api sederhana jek, jgn kuat2 dan kacau kuah tu dengan kerap. Bila dah mendidih, masukkan telur yang telah dipukul. Seeloknya, masukkan dahulu telur ke dalam mangkuk, pukul sket then masukkan kuah pengat tu dalam 3-4 sudu, kacau, then tuang ke dalam periuk yang berisi pengat tu...akhir sekali, cedok ke dalam mangkuk, then baca bismillah, makan...hehehe
SANDWICH SARDIN
Resepi yang aku rasa tak layak untuk dipostkan coz it is very simple...hahaha...Ni resepi time bujang2 dulu...selalu bawa bekal time training kat shah alam n time kerje...time tu baru nak start new life, so selalu la bw bekal...rakan2 rikin2 dan rukun2 seangkatan pun tumpang sekaki la...hehehe
1 tin sardin kecik
1 camca besar rempah kari ikan (aku suka gile rempah kari ikan jenama Amway untuk buat sandwich ni)
1 biji bawang besar yang dimayang
2 camca besar cili giling
1 camca kecil air asam jawa
garam secukup rasa
3 camca besar air
Minyak untuk menumis
Cili padi yang dipotong halus (optional)
Roti yang disapu marjerin
Timun/salad/bawang atau sebagainya
Tumis cili sehingga garing. Masukkan bawang besar, goreng sehingga sedikit layu. Masukkan rempah kari, kacau rata. Masukkan air. Kacau. Kemudian masukkan jus asam jawa dan garam.Jika suka pedas, masukkan cili padi. Kemudian masukkan sardin bersama sosnya sekali. Tutup sekejap supaya kuahnya mesra dan meresap ke dalam ikan sardin. Angkat. Lenyek2 ikan sehingga hancur. Sapu di atas roti. Tambah timun atau salad. Sedia untuk disantap!

Recipe For Baby Darwisya
Darwisya's Porridge 1
1 genggam beras perang
1/2 cawan brokoli
1/2 batang carrot
5 keping kacang pis
1 camca teh serbuk bilis
1 camca teh minyak masak
Rebus beras perang sehingga menjadi bubur. Masukkan carrot. Biarkan selama 5 minit. Kemudian masukkan brokoli dan kacang pis. Masak sehingga lembut. Jangan masak terlalu lama untuk mengekalkan khasiat seberapa banyak yang boleh. Masukkan minyak. Biarkan sejuk tanpa membuka penutup periuk untuk meminimumkan kehilangan khasiat bubur. Blend sehinga hancur. Kemudian, tuang ke dalam mangkuk baby, tabur sedikit bilis yang telah dikisar.
Untuk menghasilkan bilis kisar:
Basuh dan rendam bilis selama 5 minit untuk menghilangkan garam. Goreng tanpa minyak sehingga garing. Kemudian blend sehingga betul2 hancur. Simpan dalam bekas kedap udara.
* Bayi tidak boleh diberikan gula atau garam kerana kidney baby masih belum mampu untuk memproses garam dan gula. Lagipun nanti bila dah ajar makan masin or manis, nanti dia akan terbiasa dan akan menolak makanan tawar... LOVE YUR BABY!! ^_^
Darwisya Porridge 2
1 genggam beras perang
1 biji epal/pir yang telah dikupas dan dipotong2
1 ketul keledek kecil
5 keping kacang pis
1 camca teh minyak masak
1 camca teh serbuk bilis
Rebus beras perang sehingga menjadi bubur. Masukkan keledek dan masak sehingga empuk. Kemudian masukkan epal dan kacang pis. Masak sehingga lembut. Jangan masak terlalu lama untuk mengekalkan khasiat seberapa banyak yang boleh. Masukkan minyak. Biarkan sejuk tanpa membuka penutup periuk untuk meminimumkan kehilangan khasiat bubur. Blend sehinga hancur. Kemudian, tuang ke dalam mangkuk baby, tabur sedikit bilis yang telah dikisar.
Darwisya's Cereal
3 camca besar oat (paket biru)
1/2 cawan air - adjust mengikut kesesuaian
1/2 biji epal/pir yang dipotong - kukus sehingga lembut
1 biji pisang masak yang dilenyek
2 scope susu bayi
Masak oat bersama air selama 5 minit. Kemudian masukkan epal/pir dan pisang. Blend sehingga oat menjadi hancur. Tuang ke dalam mangkuk baby, kemudian masukkan susu dan kacau rata. SIAP!
Darwisya's Mashed Potato
1 biji potato/sweet potato
2 scope susu bayi
air suam secukupnya
Basuh kentang. Rebus kentang/keledek bersama kulit sehingga empuk. Untuk memastikannya masak sekata, pastikan air menutupi kentang/keledek tersebut dan masukkan kentang/keledek semasa air masih lagi sejuk. Biarkan kentang/keledek masak bersama2 air. So, jangan la letak kentang/keledek semasa air sudah mendidih. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Kupas kulit, dan lenyek. Masukkan susu yang telah dibancuh bersama air suam.
*Keledek mempunyai lebih banyak banyak khasiat (vit C, beta keroten dan fiber selain meningkatkan sistem imun dan mengurangkan risiko kanser kolon) tetapi kurang kalori berbanding potato biasa.
Aku suka variasikan makanan darwisya sebab taknak dia memilih makanan bila dah besar nanti... So, senang la sket kerje aku, tak poning kepala eden...hehehe...resepi yang berasaskan ikan, ayam n egg yolk akan aku mulakan apabila umurnya sudah 7-8 months...
CHICKEN CHOP + COLESLAW + MASHED POTATO
CHICKEN CHOP
Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 6
Tepung gandum, utk menyalut ayam
2 biji telur, utk mencelup ayam
Bahan perap :
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
REBUS AYAM SEPARUH MASAK UTK DPTKAN 300ML STOK-untuk membuat mashed potato
1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam.
2. Golekkan ayam ke dalam tepung gandum.
3. Kemudian celupkan ke dalam telur yg telah dipukul.
4. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.
SOS LADA HITAM
1 bawang besar, dicincang halus
3 bawang putih, dicincang halus
4-5 sudu besar serbuk lada hitam-tumbuk, boleh adjust ikut kepedasan..
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
3 cawan air rebusan daging
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1 1/2 camca teh garam
1 sudu besar gula
minyak utk menumis
Cara-cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu dan wangi.
2. Masukkan air rebusan daging.
3. Masukkan sos tomato, kicap, lada hitam dan tepung jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan garam dan gula. Adjust rasanya ikut selera.
COLESLAW
8 cups finely chopped cabbage-chopped up into very fine pieces
¼ cup shredded carrot-chopped up into very fine pieces
2 Tbsp minced onion
2 Tbsp plain yogurt
1/3 cup granulated sugar
½ tsp salt
1/8 tsp pepper
1/4 cup milk
1/2 cup mayonnaise
1/4 cup buttermilk
1-1/2 Tbsp white vinegar
2-1/2 Tbsp lemon juice
Combine sugar, salt, pepper, milk, mayonnaise,plain yogurt, buttermilk, vinegar, and lemon juice in a large bowl and beat until smooth.
Add cabbage, carrots, and onion; mix well.
Cover and refrigerate for at least 2 hours before serving.
Serves 10 to 12.
MASHED POTATO
- 300g potatoes
- 1 tbsp butter
- Salt and pepper to taste
- 1-2 tbsp plain UHT milk
Sauce ingredients:
- 300 ml chicken stock
- 1 small stalk celery, chopped finely
- 1 big onion, chopped finely
- 1 tsp mixed herbs
- 35g butter
- 35g flour
- tbsp tomato puree
- Salt and pepper to taste
- 1/8 tsp dark soya sauce for colouring
Method for mashed potato:
BOIL washed potatoes in a pan of lightly salted water. Cover and simmer for 20-25 minutes until tender.
Drain well, peel off the skin then mash the potatoes while hot until you get a smooth mash. Beat in butter and enough milk to obtain a soft consistency. Season with salt and pepper to taste.
Sauce:
Place chicken stock in a saucepan together with celery, big onion and mixed herbs. Bring to a boil and simmer for 15 minutes. Strain the stock.
Heat butter and cook the flour over very low heat, stirring constantly until it comes away from the sides of the saucepan. Gradually add in the stock stirring until smooth.
Stir in the tomato puree and dark soya sauce and bring to a boil.
Simmer for about 50 minutes to thicken the sauce to the desired consistency. Season to taste.
Use ice-cream scoop to serve potato and pour gravy/sauce on top (just like you eat at KFC or put mashed potato in an icing bag and pipe out desired patterns and serve with sauce.
Resepi Pau
Disebabkan tak puas ati makan pau yang kat kedai, so aku mengambil keputusan nekad untuk mencubanya di umah...amik resepi kat internet n tanye makcik, bila dah menjadik, aku mula la buat eksperiment itu ini supaya dapat hasil yang berlainan pulak..hehe..ni resepi asal...mane tah aku amik, lupe la pulak...ihik..
250gm tepung pau Blue Key
1 camca besar mauripan
1/2 camca teh baking powder
5 camca besar gula
1 camca teh garam
1 camca besar shortening
130ml air suam
Beberapa titik cuka
Sekalikan semua bahan2 kering di dalam bekas untuk menguli. Tambahkan beberapa titik cuka. Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit. Stop masukkan air jika doh yang diuli dah licin dan kurang melekat kat tangan. Masukkan pula shortening dan uli hingga sebati. Biarkan doh kira-kira 1 jam supaya doh mengembang 2x ganda dari saiz asal.Sebaik-baiknya, letakkan doh di tempat hangat untuk mempercepatkan proses pengembangan. Tutup doh dengan kain lembap supaya doh tidak kering. Apabila doh sudah mengembang, tumbuk doh untuk mengeluarkan udara yang terperangkap. Ambil doh kira2 50gm, masukkan inti dan bentukkan bulat2. Letak di atas kertas yang dipotong kira2 7cm X 7cm. Biarkan doh selama 1-2 jam atau sehingga kembang. Kukus di atas api yang sederhana selama 10-15min.
TIPS:
* Api yang terlalu kuat akan menyebabkan permukaan pau yang telah masak berkedut akibat perubahan suhu yang mendadak apabila kita membuka penutup pengukus.
*Pastikan air telah menggelegak terlebih dahulu sebelum memasukkan pau untuk dikukus.
*Jangan sekali2 membuka penutup pengukus semasa atau selepas mengukus ketika pau masih berada di dalam pengukus. Abis 1 tingkat pau aku berkerepot time aku wat experiment ni-buka penutup time pau masih berada dalam pengukus yang berisi air di bawahnye!!hahaha...tp balik kerje, check kat dapur, abis gak pau ni akhirnya...kikiki... Kaedah yang betul ialah: Tutup api dahulu. Biarkan pau sekejap tanpa membuka penutup. Angkat tingkat pengukus yang mengandungi pau sahaja (tinggalkan tingkat bawah yang mengandungi air). Kemudian barulah penutupnya boleh dibuka. Berhati2 supaya air di penutupnya tidak menitik di atas pau.
* Berdasarkan pengalaman, doh yang terlalu lembik akan menghasilkan pau yang berkerepot juge...berkedut seribu...hehehe
Aku ada try guna tepung gandum+tepung pau tanpa meletakkan baking powder...hasilnya tetap sama...Tak letak cuka pun macam sama jer...hehehe...Aku try peram mauripan dalam air suam yang dicampur sesudu gula selama 10min sebelum masukkan ke dalam tepung, hasilnya tetap sama jugak...Next experiment, aku nak try guna sepenuhnya tepung gandum lak...Aku tau warna pau akan menjadi kekuningan jika guna tepung gandum sepenuhnya, tapi tak kisah la, as long as rasanye tetap sama!!! :p
Inti Pau kegemaranku:
Inti Kari Sardin
1 camca besar cili giling
1 biji bawang besar
1 tin sardin kecil
1 camca kecil rempah kari
1 biji kentang yang dipotong dadu
1 camca kecil daun sup yang dihiris halus
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Tumis cili sehingga garing. Masukkan bawang dan goreng sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan rempah kari. Kacau. Kemudian, masukkan pula sardin dan kentang (aku rebus dulu potato ni sehingga empuk). Kacau rata. Akhir sekali masukkan pula garam dan daun sup. Kacau dan lenyek2kan sardin sehingga hancur. Bile dah nampak kering sket kuah sardin tu, tutup api, dan sejukkan ia sebelum masukkan ke dalam pau.
*Inti ni perlu masin sedikit untuk menyeimbangkan rasa pau yang manis2 tawar tu...tp jgn terlebih masin lak...
Untuk inti kacang merah, sila rujuk kat resepi Sweet Bun

Sweet Bun
BUN PELBAGAI PERISA (PLAIN/KACANG MERAH/COKLAT)
Musim2 hujan monsun timur laut ni membuatkan mulutku sentiasa ingin mengunyah kat ofis...hehehe...so balik kerje, lepas je solat maghrib, terus aku mulakan upacara menguli roti bun kesukaanku...hehehe lagi...actually selalu gak buat bun ni...mcm2 experiment dah dilakukan utk dapatkan the best result, at last dapat gak spt yg dihajati..so i need to keep this recipe for future reference...^_^
300gm tepung roti / high protein+
1 camca kecil baking powder
1 camca besar yis/mauripan
4 camca besar susu tepung
6 camca besar gula
1/2 camca teh garam
1 biji telur
2 camca besar planta / majerin
1 camca besar shortening
1 camca besar bread improver / pelembut roti
110 - 120 ml air suam / susu segar
Inti: sesuka hati la...
Ambil 1 camca susu, 1 camca gula dan setengah cawan air suam atau susu segar(dari 110ml air di atas), tambahkan yis dan peram selama 10 minit atau sehingga berbuih.
Gaul tepung, baki susu tepung, baki gula, garam, telur dan planta. Masukkan baki air sedikit demi sedikit. Uli sebati selama 15min. Masukkan bread improver dan shortening. Uli sehingga sebati. Doh yang elok ialah doh yang licin dan kurang melekat pada tangan semasa menguli.
Tutup doh dengan kain lembap selama 1 jam di tempat yang hangat.
Keluarkan doh, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan menjadi bulat2 atau sebagainye. Jika suka, isikan inti. Susun di dalam loyang (Tidak perlu jarakkan terlalu jauh).Sapu kuning telur di atas bun untuk menghasilkan permukaan bun yang menawan kalbu. Biarkan sehingga kembang (30min-1jam). Bakar pada suhu 180 degree C selama 20-25minit. Bila masak, time panas2 lagi tu, sapu majerin di atas permukaan roti supaya berkilat.
TIPS:
*Berdasarkan pembacaan, yis akan membiak dengan cepat dengan kehadiran cecair dan protein pada suhu bawah 60 degree C. Suhu yang terlalu tinggi akan mematikan yis. Yis menjadi pasif jika tersentuh garam secara direct. Yis segera (mauripan) tidak perlu diperam, boleh terus campur ke dalam tepung. Hanya yis segar (yis basah) perlu diperam.
*Jika doh terlalu lembik (doh melekat2 di tangan), taburkan sedikit tepung dan uli lagi. Jika terlalu keras, tambahkan sedikit majerin.
*Tempat hangat yang sesuai utk menyimpan doh supaya cepat naik ialah di dalam kereta yang diletakkan di bawah terik matahari atau di dalam oven yang telah dihangatkan sebentar (40-50 degree C selama 5-10 min). Off kan oven, kemudian simpan doh di dalamnya. Pastikan doh ditutup dengan kain lembap untuk mengelakkan doh menjadi kering di permukaan yang terdedah akibat persekitaran yang hangat.
Inti yang aku buat utk bun ni ialah inti kacang merah dan krim coklat...
Inti Kacang Merah:
Kacang merah
Gula Melaka
Gula
Air
Daun Pandan- simpul
Sedikit minyak untuk mengilatkan
Basuh, dan kemudian rendam kacang merah sehingga kembang. Rebus sehingga lembut atau empuk. Sejukkan sehingga suam, kemudian blend sehingga hancur. Masak sekali lagi bersama daun pandan. Kuantiti air adalah bergantung kepada individu. Ada yang suka lembik atau sedikit cair, ada yang suka keras...so terpulang la ek...tambahkan gula melaka dan gula. Kalau suka manis, letak la banyak2 gula tu...hehehe..
Inti Krim Coklat:
4 kiub kecil choc masakan
2 camca besar tepung jagung
1 camca besar majerin
3 camca besar susu segar
1 camca besar serbuk koko
1 camca besar gula
Bancuh susu, tepung jagung dan serbuk koko. Panaskan pada api yang kecil. Tambah gula dan coklat masakan. Masak sehingga coklat menjadi cair. Tutup api, tambahkan majerin. Siap!

Thursday, November 19, 2009
Tahun yang sangat bermakna 2009
Ni first time aku tulis blog...bila bosan2, terpikir lak nak buat blog untuk tatapan hari muka..cheewah...hahaha...kononnye leh wat ala2 album utk anak cucu..kikiki....
Dah pertengahan bulan NOV?? Rasa macam baru lagi tengok cite ape tuuu, Jendela Dunia ke ape yg dalam TV3 bila setiap kali nak sambut new year...ni dah nak masuk DEC dah?huih...
Macam2 berlaku tahun 2009 ni...yang paling sweeeet sekali ialah kehadiran my little baby~ Aleeya Darwisya yang dijangka lahir pada 20/05/2009 tapi overdue hingga la 29/05/09...
Klako je saat2 menunggu dia menjengah dunia...plan asal nak bersalin kat hosp private tapi rasa macam membazir la plak..then ditakut2kan orang ngan macam2 citer, so amik keputusan nak bsalin kat gov...bila dah kuar tanda tu, pi la hosp sg buluh, tup2 tak cukup katil lak??huhuhu..so mintak ngan doc nak tukar ke hosp ampang...sibbaik sempat..hehe...Lahir je dia, husband aku start kerja kat Kemaman lak pada 1 Jun...merasa la aku balik kampung tapi pening jugak coz aku kerje kat KL...tp syok gak, leh berpantang kat kampung...hehehe...
Abis je berpantang, aku sambung kerje kat KL, aku angkut sorg adik aku yg tgh tunggu posting, soh dia jaga baby...hehehe...lepas sebulan lebih, parents aku and hubby pon soh aku terima kerje kat Paka...walaupun tak minat, tapi memandangkan susah nak jaga baby sorang2 coz adik aku dah kene posting kat hospital langkawi, so accept je la...bila dah kerja, baru tau minat bukan kat bidang nih...so camner?????????????aku plan nak benti kerje then jual kuih...muahahaha..hubby aku cakap, takkan ader degree nak jual kuih?hahaha...aku ponin...dia lak kene cari kerje lain coz bulan 4 kilang dia dah nak tutup...isk, complicatednye idup ni kan...
Subscribe to:
Posts (Atom)