WELCOME TO AFIZA'S BLOG!!! d^_^b

Thursday, November 26, 2009

Resepi Pau

Disebabkan tak puas ati makan pau yang kat kedai, so aku mengambil keputusan nekad untuk mencubanya di umah...amik resepi kat internet n tanye makcik, bila dah menjadik, aku mula la buat eksperiment itu ini supaya dapat hasil yang berlainan pulak..hehe..ni resepi asal...mane tah aku amik, lupe la pulak...ihik..

250gm tepung pau Blue Key
1 camca besar mauripan
1/2 camca teh baking powder
5 camca besar gula
1 camca teh garam
1 camca besar shortening
130ml air suam
Beberapa titik cuka

Sekalikan semua bahan2 kering di dalam bekas untuk menguli. Tambahkan beberapa titik cuka. Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit. Stop masukkan air jika doh yang diuli dah licin dan kurang melekat kat tangan. Masukkan pula shortening dan uli hingga sebati. Biarkan doh kira-kira 1 jam supaya doh mengembang 2x ganda dari saiz asal.Sebaik-baiknya, letakkan doh di tempat hangat untuk mempercepatkan proses pengembangan. Tutup doh dengan kain lembap supaya doh tidak kering. Apabila doh sudah mengembang, tumbuk doh untuk mengeluarkan udara yang terperangkap. Ambil doh kira2 50gm, masukkan inti dan bentukkan bulat2. Letak di atas kertas yang dipotong kira2 7cm X 7cm. Biarkan doh selama 1-2 jam atau sehingga kembang. Kukus di atas api yang sederhana selama 10-15min.

TIPS:
* Api yang terlalu kuat akan menyebabkan permukaan pau yang telah masak berkedut akibat perubahan suhu yang mendadak apabila kita membuka penutup pengukus.
*Pastikan air telah menggelegak terlebih dahulu sebelum memasukkan pau untuk dikukus.
*Jangan sekali2 membuka penutup pengukus semasa atau selepas mengukus ketika pau masih berada di dalam pengukus. Abis 1 tingkat pau aku berkerepot time aku wat experiment ni-buka penutup time pau masih berada dalam pengukus yang berisi air di bawahnye!!hahaha...tp balik kerje, check kat dapur, abis gak pau ni akhirnya...kikiki... Kaedah yang betul ialah: Tutup api dahulu. Biarkan pau sekejap tanpa membuka penutup. Angkat tingkat pengukus yang mengandungi pau sahaja (tinggalkan tingkat bawah yang mengandungi air). Kemudian barulah penutupnya boleh dibuka. Berhati2 supaya air di penutupnya tidak menitik di atas pau.
* Berdasarkan pengalaman, doh yang terlalu lembik akan menghasilkan pau yang berkerepot juge...berkedut seribu...hehehe

Aku ada try guna tepung gandum+tepung pau tanpa meletakkan baking powder...hasilnya tetap sama...Tak letak cuka pun macam sama jer...hehehe...Aku try peram mauripan dalam air suam yang dicampur sesudu gula selama 10min sebelum masukkan ke dalam tepung, hasilnya tetap sama jugak...Next experiment, aku nak try guna sepenuhnya tepung gandum lak...Aku tau warna pau akan menjadi kekuningan jika guna tepung gandum sepenuhnya, tapi tak kisah la, as long as rasanye tetap sama!!! :p

Inti Pau kegemaranku:

Inti Kari Sardin
1 camca besar cili giling
1 biji bawang besar
1 tin sardin kecil
1 camca kecil rempah kari
1 biji kentang yang dipotong dadu
1 camca kecil daun sup yang dihiris halus
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Tumis cili sehingga garing. Masukkan bawang dan goreng sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan rempah kari. Kacau. Kemudian, masukkan pula sardin dan kentang (aku rebus dulu potato ni sehingga empuk). Kacau rata. Akhir sekali masukkan pula garam dan daun sup. Kacau dan lenyek2kan sardin sehingga hancur. Bile dah nampak kering sket kuah sardin tu, tutup api, dan sejukkan ia sebelum masukkan ke dalam pau.
*Inti ni perlu masin sedikit untuk menyeimbangkan rasa pau yang manis2 tawar tu...tp jgn terlebih masin lak...

Untuk inti kacang merah, sila rujuk kat resepi Sweet Bun




No comments:

Post a Comment