BUN PELBAGAI PERISA (PLAIN/KACANG MERAH/COKLAT)
Musim2 hujan monsun timur laut ni membuatkan mulutku sentiasa ingin mengunyah kat ofis...hehehe...so balik kerje, lepas je solat maghrib, terus aku mulakan upacara menguli roti bun kesukaanku...hehehe lagi...actually selalu gak buat bun ni...mcm2 experiment dah dilakukan utk dapatkan the best result, at last dapat gak spt yg dihajati..so i need to keep this recipe for future reference...^_^
300gm tepung roti / high protein+
1 camca kecil baking powder
1 camca besar yis/mauripan
4 camca besar susu tepung
6 camca besar gula
1/2 camca teh garam
1 biji telur
2 camca besar planta / majerin
1 camca besar shortening
1 camca besar bread improver / pelembut roti
110 - 120 ml air suam / susu segar
Inti: sesuka hati la...
Ambil 1 camca susu, 1 camca gula dan setengah cawan air suam atau susu segar(dari 110ml air di atas), tambahkan yis dan peram selama 10 minit atau sehingga berbuih.
Gaul tepung, baki susu tepung, baki gula, garam, telur dan planta. Masukkan baki air sedikit demi sedikit. Uli sebati selama 15min. Masukkan bread improver dan shortening. Uli sehingga sebati. Doh yang elok ialah doh yang licin dan kurang melekat pada tangan semasa menguli.
Tutup doh dengan kain lembap selama 1 jam di tempat yang hangat.
Keluarkan doh, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan menjadi bulat2 atau sebagainye. Jika suka, isikan inti. Susun di dalam loyang (Tidak perlu jarakkan terlalu jauh).Sapu kuning telur di atas bun untuk menghasilkan permukaan bun yang menawan kalbu. Biarkan sehingga kembang (30min-1jam). Bakar pada suhu 180 degree C selama 20-25minit. Bila masak, time panas2 lagi tu, sapu majerin di atas permukaan roti supaya berkilat.
TIPS:
*Berdasarkan pembacaan, yis akan membiak dengan cepat dengan kehadiran cecair dan protein pada suhu bawah 60 degree C. Suhu yang terlalu tinggi akan mematikan yis. Yis menjadi pasif jika tersentuh garam secara direct. Yis segera (mauripan) tidak perlu diperam, boleh terus campur ke dalam tepung. Hanya yis segar (yis basah) perlu diperam.
*Jika doh terlalu lembik (doh melekat2 di tangan), taburkan sedikit tepung dan uli lagi. Jika terlalu keras, tambahkan sedikit majerin.
*Tempat hangat yang sesuai utk menyimpan doh supaya cepat naik ialah di dalam kereta yang diletakkan di bawah terik matahari atau di dalam oven yang telah dihangatkan sebentar (40-50 degree C selama 5-10 min). Off kan oven, kemudian simpan doh di dalamnya. Pastikan doh ditutup dengan kain lembap untuk mengelakkan doh menjadi kering di permukaan yang terdedah akibat persekitaran yang hangat.
Inti yang aku buat utk bun ni ialah inti kacang merah dan krim coklat...
Inti Kacang Merah:
Kacang merah
Gula Melaka
Gula
Air
Daun Pandan- simpul
Sedikit minyak untuk mengilatkan
Basuh, dan kemudian rendam kacang merah sehingga kembang. Rebus sehingga lembut atau empuk. Sejukkan sehingga suam, kemudian blend sehingga hancur. Masak sekali lagi bersama daun pandan. Kuantiti air adalah bergantung kepada individu. Ada yang suka lembik atau sedikit cair, ada yang suka keras...so terpulang la ek...tambahkan gula melaka dan gula. Kalau suka manis, letak la banyak2 gula tu...hehehe..
Inti Krim Coklat:
4 kiub kecil choc masakan
2 camca besar tepung jagung
1 camca besar majerin
3 camca besar susu segar
1 camca besar serbuk koko
1 camca besar gula
Bancuh susu, tepung jagung dan serbuk koko. Panaskan pada api yang kecil. Tambah gula dan coklat masakan. Masak sehingga coklat menjadi cair. Tutup api, tambahkan majerin. Siap!
No comments:
Post a Comment