WELCOME TO AFIZA'S BLOG!!! d^_^b

Tuesday, November 1, 2011

Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah

Diambil dari FB ustaz Zahazan Mohamed

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).

اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.

Mi Kungfu/Mi Hongkong



Betul ke kat Hongkong makan mi camni? hahaha...anyway, this is my fav dish. Yummy...suka sgt since blaja kat KUiTTHO (UTHM) lg...sangat2 suka...sekarang dah jumpa tempat yang PALING SEDAP buat mi hongkong a.k.a mi kungfu nih...iaitu restoren ANDAMAN kat belakang new carrefour... dekat ngan area seksyen 26 rasanya...kalau dr highway alam impian tu (ye ke ni) leh nampak la carrefour tuh...sangat100x sedap..huhu...

ni resepi yang tak setanding restoren tu punye tp leh la utk lepaskan rindu..hehe


Mi kuning
Telur – dipukul sedikit

Kuah:
3-5 ulas bawang putih
Sos tiram
Beberapa titik kicap cair(optional)
Bancuhan tepung jagung
Sotong yang dipotong bulat2 & udang (mesti ada ni baru sedap)
Isi ayam dipotong kecil-kecil
Bunga kubis, carrot, brokoli, putik jagung
Lada sulah, garam, gula
Sedikit perahan asam limau
Beberapa titik kicap pekat (optional)
Minyak bijan (optional)

Cara menggoreng Mi:
Ambil secekak mi, kemudian goreng dalam sedikit minyak. Biarkan sedikit garing kemudian tuangkan telur yang telah dipukul ke atas mi yang masih kat dalam kuali tu. Biarkan telur menyaluti mi. Dah masak, angkat dan letakkan di dalam pingga yang sedikit dalam.

Cara membuat Kuah:
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan sos tiram dan kicap. Kemudian ayam, sotong dan udang. Masukkan sedikit air supaya bahan2 tu tenggelam. Biarkan separuh masak. Kemudian masukkan carrot. Lebih kurang 5 minit, masukkan bunga kubis. Last sekali brokoli. Tambah air mengikut kuantiti yang dikehendaki. Tuang bancuhan tepung jagung. Perasakan dengan minyak bijan, lada sulah, kicap, garam dan gula. Masukkan sedikit perahan asam limau. Tuang kuah yang panas2 tu ke atas mi yang telah siap dibalut dengan telur td. DONE!!


update: last month try pergi lagi sekali restoren andaman tu tp rasanya dah tak sama dengan sebelum ni...huhuhu...mesti chef dah tukar...mcm tak caye, 3x pergi tapi masih tak sama jugak...sudey... :(

Carbonara Spaghetti

1 labu bawang besar - cincang halus
1 ketul isi ayam dikisar (jangan terlalu lumat)
Isi udang
Cendawan butang - dihiris
1 tin sos prego putih
Stgh cawan susu segar
Air secukupnya
Garam, gula

Tumis bawang besar hingga naik bau...masukkan isi ayam, udang dan cendawan butang.
Biarkan ianya masak bersama2. Jika perlu, boleh masukkan sedikit air.
Kemudian masukkan sos. Kacau. Masukkan susu segar.
Kalau rasa nak tambah garam atau gula, boleh la letak sikit...
Dah masak, tuang kuah atas spaghetti...

For Ila: Spagetti Bolognese

1 labu bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih
Daging cincang
Cendawan butang
Bebola daging (rebus sekejap kemudian goreng)
Oregano
Air, garam, gula secukupnya
1 tin sos prego
Parmesan cheese (grated)

Spaghetti:
Rebus spaghetti bersama 1-2 sudu minyak supaya ianya tak melekat2. Toskan pabila sudah masak/lembut...


Tumis bawang sehingga naik bau..kemudian masukkan daging cincang...masukkan sedikit air dan biarkan daging separuh masak sebelum masukkan sos prego...kemudian biarkan ia masak bersama...masukkan bebola daging yang telah digoreng (boleh jgk letak bebola daging bila dah masak, tp rasanya lg sedap sekalikan dgn sos kot...)
perisakan dengan garam dan gula...dah siap, tuang kuah ni atas spagetti. taburkan cheese dan serbuk paprika... =)

Thursday, September 1, 2011

Yee Mee


Cik abang sangat suka yee mee ni tp abah pulak komen memanjang (tak suka jenis berkicap camni)...hehehe... Apa2 pun, sangat la sedap dimakan bersama cili jeruk atau cili padi yang dihiris+kicap masin.

untuk 2-3 sanggul yee mee
5-6 ulas bawang putih
1 inch halia
cili kering (ikut citarasa)
2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap pekat (ikut citarasa la)
2 camca besar kicap cair
sedikit isi ayam/udang
cendawan (patutnya shitake tp aku suka cendawan tiram)
sayur sawi
serbuk lada hitam/sos lada hitam (optional)
sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air (untuk memekatkan kuah)
air
telur

Tumis bawang, halia dan cili kering.
Masukkan ayam/udang. kemudian sedikit air.
Masukkan sos tiram dan kicap. Kemudian masukkan sayur.
Tambah air mengikut citarasa dan bancuhan tepung jagung.
tambahkan garam, gula secukup rasa...
Masukkan yee mee. Kacau rata2 kemudian masukkan telur. Terus tutupkan api.

Butter Cake


Kek ni jadi sedap bila dah muak mkn choc cake or cheese cake...hehehe...kek ni special sebab kita boleh adjust ikut selera kita berdasarkan resepi basic nih...nak buat perisa lemon ke, cempedak ke (penah baca-gula ganti dgn gula perang kemudian tambah dengan cempedak), epal ke ape2 je la...

Bahan2:
1 ketul butter (250gm)
1 cawan gula (190-200gm)
4 biji telur size besar
1 camca teh esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri (250gm)
6 camca besar susu UHT/evaporated

Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji then esen vanila
Kemudian masukkan tepung diikuti dengan susu
Bakar sushu 180 degree selama 30-40 minit

Laksa Johor


Ni pulak juadah untuk hari raya ketiga...time kerje kat stats chippac dulu, selalu keluar lunch kat taman melawati ke taman melati ek, lupe la, semata2 utk makan laksa johor...tp masih igt, owner tu kak jee...aritu borak2 dgn nonoi kat YM, tiba2 terkeluar bab laksa johor ni...rupa2nya kak jee ada post resepinye kat websitenye...macam org mengantuk disorong bantal jek aku ni...selalu terbayang2 laksanye tu...walaupun rasa yg aku buat ni tak la se'bombastik' kak jee punye, tp boleh la utk 1st trial nih...

resepi asal: http://www.dapurkakjee.com/2011/05/379-laksa-johor.html

Bahan2:
1kg ikan sardin (ada orang panggil ikan selayang)
¾ cawan rempah kari ikan (Kjee guna Babas)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, keringkan dan kisar)
1 cawan udang segar-kisar* (aku tambah)
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
2 cawan santan pekat
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik

ULAM2
Timun
Taugeh
daun kesom/daun selasih
kacang panjang
limau kasturi
lobak asin

CARA:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Tepikan. Kisar bawang, serai, lengkuas dan halia sampai halus.


Panaskan periuk bubuh minyak setengah cawan dan masukkan bawang, serai, lengkuas dan halia kisar tadi. tumis sampai naik bau. Masukkan rempah ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan air setengah cawan dan goreng lagi kira-kira lima minit. Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak.


Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Bubuh air tiga cawan dan santan dua cawan. Bila dah mendidih masukkan udang kering dan udang kisar dan satu sudu besar kerisik.

Bila kuah melegak, bubuhlah garam dan perasa msg kalau nak. Ada orang bubuh gula. Laksa Johor guna spaghetti. Rebus 1 peket spaghetti (boleh makan 10 org). Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sampai hilang panasnya atau cuci bawah paip. Tapis airnyer dan bubuh sikit minyak supaya tak melekat

Lodeh


Last year turn utk raya kat klang...sedap pulak bila mkn lontong...alih2 tahun ni teringin lak nak raya ngan lodeh...berbekalkan pengalaman memasak ngan mak mentua plus search2 kat internet, berjaya juge buat lontong (walaupun tak complete ngan sambal)...cik hubby ckp sgt sedap, tambah2 bila matchkan dengan rendang tok yg aku buat tu...ni resepinya...

Bahan2:
1 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 inch lengkuas (kisar/ketuk)
1 inch kunyit hidup (kisar)
1 cawan santan
udang segar
sayur2 dipotong seperti:
kentang, cauliflower, putik jagung, tempe, kacang panjang, suhun, fucuk etc

- Tumis bahan2 kisar sehingga naik bau...
- Masukkan santan dan udang
- Masukkan sayur yang keras dahulu diikuti sayur lembut...
- Perasakan dengan garam, gula...

Rendang Tok

Hesh, sebut rendang tok, mmg tak berani pon nak mencubanye bila cik hubby soh wat tuk raya tahun nih...sblm ni pernah buat sekali rendang daging, tp mcm tak kene je rasanye...huhu...tp bila try rendang tok dr blog http://mas-dapurmas.blogspot.com/2010/08/rendang-tok.html ni, rupa2nya sedap la pulak... ni resepinye...
Bahan2:
• 1 kilo daging lembu
• santan dari sebiji kelapa - agak tuang sampai daging tu tenggelam
• 2-4 sudu besar kerisik
• 3 sudu besar gula merah - boleh tambah jika perlu
• 2 sudu besar membumbung serbuk kari daging - boleh tambah jika perlu
• 1 kulit kayu manis, 4 kuntum bunga cengkih, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang
• 1 biji bawang besar-dimayang
• 1/4 inci halia - hiris halus
• 1 helai daun kunyit - dihiris halus
• garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar :
• 1/4 inci halia
• 3 ulas bawang putih
• 1/4 inci kunyit hidup
• 1/2 inci lengkuas
• 2 batang serai - hiris2 dulu

- Gaul sebati semua bahan (kecuali santan), kemudian perap selama 1 jam.
- Masukkan kedalam kuali, tuang santan hingga daging tenggelam, kacau sebati.
- Buka api perlahan dan biarkan mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering.
- Semasa memasak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah...
- Gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....
- Masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.